Selamat Datang

Satu laman untuk berkongsi maklumat

Friday, July 1, 2011

ITEM PENTAKSIRAN



Item Pentaksiran

Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang merupakan evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pengukuran sesuatu konstruk



Komponen Item

respons

· adalah tindakbalas calon kepada arahan dan tugsan yang diberi

evidens

· hasil tindak balas calon yang dapat dilihat konstruk

· perkara yang ditaksir

ransangan

· Mengandungi maklumat khusus, dalam bentuk petikan, pernyataan,

rajah, jadual tugasan

· Apa yang perlu diberikan kepada respon arahan

· Bagaimana cara memberikan respons



Komponen Item

Peraturan Pemarkahan

· panduan memberi markah kepada calon

Pilihan Jawapan

· jawapan dan distraktor



Item Subjektif

item yang membenarkan subjektiviti dalam respons

calon mengemukakan jawapan sendiri mengikut arahan tugasan

skor diberikan berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan secara jelas

membolehkan calon mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki

jawapan bersifat polikotomous

calon berfikir secara kreatif dan kritis



Jenis-Jenis Item Subjektif

Item Respons Terbuka (Extended Response)

Item Respons Terhad (Restricted Response)

Item Berstruktur (Structured)



Item Respons Terbuka (Extended Response)

mengundang pelbagai kemungkinan jawapan dari calon

boleh mentaksir keupayaan calon dalam mengenalpasti, memilih, mengorganisasi dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi

boleh mentaksir keupayaan pelajar dalam menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi menyelesaikan masalah

Contoh :

· Huraikan kejadian pasang surut

· Bincangkan masalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja

· Terangkan masalah system barter



Item Respons Terhad (Restricted Response)

Berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar

Bentuk respons dihadkan melalui skop yang disoal

Memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa ayat atau satu perenggan

Kehendak soalan boleh difokuskan kepada sesuatu spesifik

Calon terpandu dalam memahami tugasan yang perlu dilaksanakan

Pemberian markah yang adil dan wajar

Contoh :

· Perihalkan dengan menggunakan perkataan, empat sebab utama

mengapa Melaka menjadi pelabuhan terpenting pada awal kurun ke 16

· Apakah maksud keperluan fisiologi dalam model hirarki keperluan

manusia



Item Berstruktur (Structured)

Mengandungi satu siri soalan yang berkaitan diantara satu sama lain,

berdasarkan satu ransangan tertentu

Respons pelajar adalah terpandu dan terhad

Membolehkan calon menjawab soalan kompleks secara terpandu

Set mengandungi soalan pelbagai aras, yang disusun dari aras rendah ke

sederhana dan ke aras tinggi

è calon yang pelbagai aras kebolehan boleh menjawab mengikut peringkat kemampuan mereka

Contoh :

Sebatang lilin yang menyala ditutup dengan sebiji gelas

a) apakah yang dapat diperhatikan selepas satu minit

b) mengapakah kejadian di a) boleh berlaku

c) apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen diatas ?



Peraturan Pemarkahan

Apa ?

Dokumen yang mengandungi panduan memberi markah bagi setiap item dalam sesuatu ujian

Mengandungi jawapan/contoh jawapan

Disediakan bersama dengan soalan

Komponen penting item subjektif

Kenapo ?

Panduan spesifik dalam pemberian markah untuk memastikan :

è Pemberian markah sepadan dengan konstruk yang ditaksir dan tugasan yang diilaksanakan oleh calon

è Pemberian markah yang adil kepada calon

è Pemarkahan antara pemeriksa dapat diselaraskan

è Kebolehpercayaan skor

Bagaimana ?

è Berdasarkan kata tugas dan tugasan

- Menentukan bentuk jawapan

- Mencerminkan kerencaman konstruk

- Memberi panduan tentang pemberian markah

è Berpandukan respons yang dijangka

- tahap pencapaian calon bagi sesuatu item disusun sebagai senarai respons yang diterima

- markah diperuntukkan bagi setiap tahap

- kemungkinan jawapan calon diambil kira

è Berdasarkan pembahagian markah

- ikut soalan

- ikut pecahan soalan

- ikut persembahan jawapan

- ikut agihan markah dalam format kertas soalan



Kaedah Pemarkahan

Pemarkahan Analitik

- markah diberi pada peringkat-peringkat tertentu

- markah mengikut point jawapan

- setiap point ditentukan pemberatan markah

- peraturan menolak/pemberian markah maksimum

Pemarkahan Holistik

- melihat mutu jawapan secara keseluruhan

- memberi perhatian kepada perkara yang boleh dipertimbangkan

- menentukan tahap pencapaian keseluruhan



Aras Kesukaran

Aras Rendah

- item yang mampu dijawab oleh calon berkebolehan rendah, sederhana dan tinggi

Aras Sederhana

- item yang mampu dijawab oleh calon berkebolehan sederhana dan tinggi

Aras Tinggi

- item yang mampu dijawab oleh calon berkebolehan tinggi sahaja



azizi290107.jpgPiawaian Produk

( Ciri Item Subjektif Yang Baik )

- menjurus tepat kepada konstruk yang ditaksir

- mengunakan konteks yang terangkum dalam sukatan

- ransangan sesuai dengan tahap dan pengalaman calon

- bahasa yang sesuai dengan tahap bahasa calon

- gunakan istilah matapelajaran yang terkini

- ransangan jelas dan berfungsi

- mengandungi semua maklumat yang diperlu oleh calon

- tugasan dan arahan adalah jelas

- mempunyai aras kesukaran yang dihasratkan

- tidak bias kepada mana-mana calon

- akur dengan apa yang dipelajari calon

- penting dari segi konteks dan situasi

- jelas dari segi kebolehpercayaan, ekspresi dan ketekalan gaya persembahan

- dapat membezakan antara calon yang berlainan kebolehan

- peruntukan markah yang sesuai dengan tugasan, kerencama konstruk dan tahap pencapaian

- respons yang dihajatkan sesuai dengan tempoh masa menjawab yang ditentukan

- peraturan pemarkahan mudah difahami untuk tujuan aplikasi dalam pemeriksaan skrip jawapan



Piawaian Proses Membina Item

1. Membina item mengikut spesifikasi yang ditentukan bagi perkara berikut :

- Konstruk

- Tajuk/Konteks

- Aras Kesukaran

- Jenis Item

2. Menyemak keakuran item dengan piawaian penilaian item dari segi :

- Keakuran (spesifikasi, kurikulum, peluang)

- Ketepatan (konstruk, konteks)

- Kejelasan (tugasan, arahan)

- Kesesuaian (aras kesukaran, bias, kepentingan)

9 Point Item

3. Menyemak semula item dari aspek persembahan fizikal :

- Kejelasan dan kefungsian rangsangan

- Susunan yang teratur

- Persembahan yang menetapi piawaian

4. Memperbaiki atau mengubahsuai item yang kurang menepati paiwaian

- pinda supaya akur konstruk

- pinda supaya sesuai aras kesukaran

- perbaiki rajah , murnikan bahasa

5. Membina, menyemak dan memperbaiki peraturan pemarkahan serentak

dengan soalan



Piawaian Personel

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang :

- Konstruk

- Kandungan mata pelajaran atau konteks yang digunakan

- Mempunyai kemahiran menanggar aras kesukaran item

- Pelbagai jenis item, ciri-ciri item, prinsip pembinaan item dan

penilaian item

- Kreatif

- Berkemahiran membina item termasuk peraturan pemarkahan

- Berkemahiran menilai item mengikut prosedur piawai item

- Mempunyai kemahiran memperbaiki item

- Mempunyai kebolehan tinggi dalam komunikasi verbal



Renungan/Rumusan

Ujian yang berkualiti memerlukan instrument yang berkualiti

Instrumen yang berkualiti memerlukan komponen yang berkualiti

Item berkualiti memerlukan pembina item berkualiti