Selamat Datang

Satu laman untuk berkongsi maklumat

Sunday, October 2, 2011

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ).

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan

Kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat,

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara.

2.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN

SOSIO BUDAYA




GURU MURID SEKOLAH

2.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU

Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya.

Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda.Kata-kata motivasi dan penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.

Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA DALAM

BILIK DARJAH TERHADAP GURU



Mengajar tanpa mengira social budaya murid



Jalankan tugas penuh dedikasi & rofessional



Bantu murid memilih kerjaya



Sentiasa menepati masa.

Menghormati murid & bersifat adil



Tidak menyentuh kepercayaan murid



Kurangkan penggunaan bahasa dealek



Catat kemajuan & kelemahan murid

Mempunyai kemahiran mengurus dan

mentadbir



Guru mempunyai wawasan.

2.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK

TERHADAP MURID

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA

DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP MURID





Panduan mengurus peraturan yang wajib

tingkah laku dipatuhi

Tidak pertikai kepercayaan Galakkan penggunaan

dan amalan agama lain. . bahasa standard








Galakkan berinteraksi Perlu diberi motivasi

dengan rakan.

perlukan bimbingan dan

dorongan dari guru

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, Mereka

akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas social dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain.

Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu pembangunan negara Murid digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan disamping jawatan ketua dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.

Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama rakan dan guru.

Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berkhemah, yang dibaluti perasaan kasih sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri kea rah pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru dapat kurangkan masalah disiplin melalui pendekatan bilik darjah yang berkesan. Murid-murid yang menimbulkan punca permasalah harus dikenal pasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘ pak turut ‘.

Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid yang dimulakan dengan set indaksi yang menarik dan diikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh menghilangkan rasa bosan murid.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA

DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP

SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH










Sekolah Kebangsaan Sekolah Berasrama penuh

Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Jenis Kebangsan Cina Vokasional

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Agama

Sekolah Premier

Sekolah Bestari

Sekolah Model Khas

Sekolah Pendidikan Khas




Sekolah Wawasan

2.3 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK

TERHADAP MURID

Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri

daripada pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduandalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.

Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Pancaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang.

Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Diantara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah kometmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan agama kepada murid-murid.

Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirkan tokoh-tokoh negara dan korporat seperti Victoria Institiut (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah St. John (Kuala Lumpur)

Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategic berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kundusif bagi murid-murid yang berpotensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di Negeri Kedah.

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori pendidikan khas. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang pendidikan kepada murid bermasalah pendengaran dengan menawarkan kursusu-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Sekolah Wawasan pula ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak dari peringkat awal persekolahan lagi sedah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dibentuk.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian

budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kea rah pencapaian prestasi budaya cemerlang.

Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.

Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,

ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan patut menjadi guru .

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.

Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.

Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru. Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.

Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran ’eksperential’, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.

Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.

Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid

Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai seorang fasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau mengikut kumpulan.

Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakukan sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan? Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagitumbuh an hijau di dunia?

Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang berprestasi cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.